KUANTAN: Para peniaga kecil yang terhimpit dengan peningkatan kos sara hidup kini boleh menarik nafas lega kerana pelarasan tarif elektrik di Semenanjung mulai tahun depan tidak menjejaskan mereka dan hanya melibatkan pengguna bekalan tinggi.
Marzaitul Husna Abu Johar, 29, yang mengusahakan perniagaan gula kabung dan sambal hitam di Kampung Peruang, Lipis di sini, berkata walaupun bengkelnya secara purata menghasilkan sehingga 200 buku gula kabung sebulan, bil elektrik bulanan masih di bawah 600 kilowatt-jam (kWj) serta mendapat rebat 2 sen/kWj di bawah pelarasan tarif itu.
Dia berkata sebagai peniaga yang tidak berpendapatan tetap, keputusan kerajaan untuk 'melindungi' rakyat adalah langkah positif dalam membantu masyarakat.
"Bayaran bulanan bil elektrik bagi bengkel untuk hasilkan produk secara purata ialah RM36 dan saya agak lega kerana kami tidak akan terjejas selepas pelarasan tarif baharu nanti... setakat ini, bil bulanan kami mampu bayar dan rasa tidak terbeban... susah juga kalau bil naik, ia sudah tentu akan memberi kesan kepada perbelanjaan keluarga kami kerana kos sara hidup kini agak tinggi," katanya.
Sebelum ini, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan sebanyak 85 peratus atau tujuh juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2024 yang dilaksana di bawah mekanisme Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT).
Pengumuman itu dibuat susulan keputusan kerajaan untuk mengekalkan rebat 2 sen/kWj bagi penggunaan elektrik sebanyak 600kWj dan ke bawah sebulan.
Peniaga biskut coklat cip Wan Mohammad Amir Wan Yusof, 31, pula berkata dia sememangnya mengamalkan langkah penjimatan elektrik bagi mengelak daripada membayar bil yang tinggi.
"Kalau tak guna kipas dan lampu, memang saya tutup suis... setakat ini, kami hanya pakai satu ketuhar kecil di rumah bagi menghasilkan biskut untuk dijual secara kecil-kecilan," katanya.
Bagi pengusaha sajian pencuci mulut Norhabibah Herman, 32, selepas ini dia akan cuba mengamalkan langkah penjimatan bagi mengelak daripada terbeban dengan bayaran bil elektrik yang tinggi.
Sebagai peniaga yang menghasilkan krep durian sejak tiga tahun lepas di Kuantan, Norhabibah berkata dia perlu mengguna beberapa peti sejuk untuk menyimpan produk supaya tahan lama dan segar ketika dijual.
"Kena cuba juga untuk berjimat sebab perniagaan saya memang perlukan peti sejuk untuk menyimpan produk yang dihasilkan... selepas ini, perkakas elektrik lain yang tidak digunakan kena tanggalkan dari soket dan tidak boleh membazir dengan membiarkan lampu serta kipas sentiasa terpasang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023
Pelarasan tarif elektrik di Semenanjung mulai tahun depan tidak menjejaskan peniaga kecil dan hanya melibatkan pengguna bekalan tinggi. - Gambar hiasan/Bernama
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Bantuan BKSS: 'Talian hayat' peniaga daripada terpaksa gulung tikar
Sumber pendapatan yang terjejas menyebabkan peniaga tidak mampu untuk membayar sewa gerai sehingga ada antara mereka yang gulung tikar.
Kehadiran peniaga luar, banjir jejaskan pendapatan peniaga kecil di Sebuyau
Tinjauan Astro AWANI baru-baru ini turut mendengar keperitan peniaga mengenai keadaan khemah yang sudah bocor, sehingga menyebabkan hasil jualan rosak setiap kali hujan.
Beri sokongan terhadap peniaga kecil harungi tempoh 'total lockdown'
SEPANJANG tiga hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, sudahkah anda membantu perniagaan usahawan-usahawan kecil?
PKPB: Waktu operasi pasar harian dilanjutkan dari 10 pagi hingga 4 petang
Operasi pasar harian di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan dari pukul 10 pagi sehingga 4 petang, berbanding 2 petang, sebelum ini.
PRN Sabah: Skim Pemulihan Perniagaan Tekun bantu peniaga kecil terjejas akibat PKP
Jika tidak kuat, pasti ada dalam kalangan peniaga kecil akan tersungkur di pertengahan jalan akibat terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.